Sunday, 24 April 2011

food@info

Logo HALAL Dan Pensijilan Di Malaysia.


Contoh Logo HALAL yang dikeluarkan oleh badan yang berkuasa dimalysia.

apa yang perlu diambil tahu mengenai pada logo ini adalah:
1) mempunyai tulisan halal dalam bentuk tulisan Jawi.
2) dibawah tulisan jawi terdapat tulisan HALAL dalam bentuk tulisan rumi.
3) mempunyai bintang yang mempunyai 8 bucu.
4)terbapat tulisan MALAYSIA dalam bentuk rumi berlekuk di bahagian atas dalam lingkaran.
5) terdapat tulisan MALAYSIA  dalam bentuk jawi berlekuk di bahagian bawah dalam lingkaran.
6) terdapat 2 bintang yang memisahkan tulis perkatan MALAYSIA rumi dan jawi  selaras dengan bucu sisi bintang.

Badan yang berkuasa yang mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk adalah:
1) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (JAKIM).
2) Dept. of Standard Malaysia.
3) Institute of Islamic Understanding Malaysia.
4) SIRIM.
5) HALAL industry Development Corporation. (HDC)

institut penyelidikan produk halal malaysia.

malaysia telah menubuhkan pusat penyelidikan  produk halal yang berpusat di Universiti Putra Malaysia UPM. yang diketuai oleh Prof Dr Yaakob Che Man. Diantara kejayan institut ini adalah berjaya mencipta alat pengesan DNA babi yang boleh dikesan didalam semua produk makanan, pakaian, dan kosmetik yang dinamakan alat HaFYS.




Anda boleh lah melayari di : halal@putra.upm.edu.my. 

HALAL Certification for FOOD Commodities.


halal food standard MS 1500:2004.

  • Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang dipraktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambahan nutrien). ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan dimalaysia.
  • Dokuman initelah melalui proses yg diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai cth: pertubuhan standardasi antarabangsa ISO, dimana sistem pembanggunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yg sama.
  • Pensijilan HALAL  kepastiannya dipastikan oleh juri-juri jabatan kemajuan islam malaysia (JAKIM). 


Syariah Acts / Enactments of federal Territories 1997.
  • Mengesahkan bahawa tiada binatang dan ramuan2 yang tidak halal diproses mengikut hukum syarak.
  • Syariah Acts / Enactment of Federal Territories 1997 ( section 42, Act 559).
  • Food Law 1983 (section 13, 13A, 16 act 281) and Food regulation 1985 (section 9 to 18-part V).
  • Animal Rules Ordination (Importation) Order 1962.
  • Customs (Prohibition of Imports) Order 1988.
  • Local Government by-Laws

Logo-logo HALAL seluruh dunia.




Malaysia
 South African
 AMAREKA (US).
CHINA.
INDONESIA
NETHERLAND / HOLLAND.
SINGAPURA
 NEW ZEALAND
 THAILAND
VIETNAM








Anda masih lagi tidak mempercayai segala yang diusahakan oleh semua pihak berwajib??? percayalah kerajaan banyak mengatur langkah untuk memastikan produk halal yang ada dimalaysia adalah terjamin. Bukan saya hendak mengaitkan untuk menyokong kerajaan..ape yg saya tahu kerajaan sedaya upaya menangani masaalah isu Halal dan Haram. kalu nak mengharapkan orang yang selalu memburuk-burukkan orang lain itu buat, mampukah mereka membuat segala-galanya sama dengan teknologi yang telah dikecapi pada masa sekarang???  Maka sahabat-sahabat perlulah cakna dan mengetahui apa yg berlaku dan sahabat-sahabat juga dinasihatkan untuk meneliti tanda halal yang sebenarnya yang berada dipasaran supaya tidak berlaku segala syak dan was-was menggunakan makan yang ada dipasaran. Percayalah kepada badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan kerana mereka lebih Arif dan menetahui segala apa yg baik dan buruk. tugas mereka hanyalah menentukan samaada makan itu halal atau haram dimakan kepada anda semua. Bukan senang untuk mejalankan dan meluluskan sijil HALAL kepada pengeluar-pengeluar industri makanan di malaysia ni..mereka perlu membuat perbincanag dan penyelidikan terlebih dahulu sebelum meneluarkan sijil HALAL kepada pihak pengeluar industri makanan.



Sumber:
  • Jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM)
  • Food acts 1983 (Act 281) and Regulation1985.
  • Syariah acts / Enactments of Federal Territories.
  • Local Government Lows.
  • Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia.


Saturday, 23 April 2011

arep_emoleo: Current@issue

arep_emoleo: Current@issue: "Lynas Nuclear Program In Malaysian. Taking a Risk for Rare Earths. Rahman Roslan for The New York Times Lynas is building a large rare..."

arep_emoleo: food@info

arep_emoleo: food@info: "Glysemic Index (GI) memberi maklumat kepada pengidap Diabetis. GI aka glysemic indax atau indeks glisemik. Ramai orang masih tak tahu dan..."

IFC menggugat ketuanan Islam di Malaysia !!!



Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC ?


i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah yang diperjuangkan dalam politik oleh ahli politik islam di malaysia apatah lagi yang bukan beragama islam.…Fikirlah dengan serius dakwaan ini dan buatlah sesuatu untuk AGAMA BANGSA dan NEGARA kita semua.

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini denganmembuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perangterhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkansignature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swtkerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.

 IFC adalah suatu pertubuhan di malaysia. mereka ini telah menghantar memorandom kepada pemimpin negara (PM) untuk meluluskan perkara2 diatas terhadap perlembagaan malaysia. memorandom ini telah ditandatangani oleh 50 org ahli politik yang lain untuk meluluskan nya..

1. Apakah Interfaith Commision (IFC)? 

IFC yang nama asalnya ialah IRC – Inter Religous Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. 2

2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC? 

IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) atau pun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos, 2001. Presiden MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.


3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong penubuhan IFC? 

Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut:

• Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu ide penubuhan IRC berjalan dengan lancar.
• Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai ‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF.
• Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’.
• Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC diadakan. Bengkel ini gagal apabila kesemua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN4 , JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepercayaan. Bagaimana pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.
• Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah Majlis Peguam sebagai ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
• Mengemukakan draf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC.


APE NAK JADI????

ape nak jadi dengan barisan-barisan pemimpin negara yang sanggup menggadaikan maruah agamanya sendiri. adakah ini dilakukan hanya mengikut kehendak orang lain sedangkan agamanya sendiri sanggup digadaikan.
macam mane barisan pemimpin ini dapat dilantik???? meminpin dengan berlandaskan hawa nafsu...
nk kata xpandi agama masing-masing yang terlibat rasenye memang dah tinggi ilmu tentang agama....
adakah ini disebabkan isu POLITIK semata-mata?? sanggup menggadaikan agama dan bangsanya sendiri...

JANGAN SAMPAI ALLAH MENDATANGKAN BALA TERHADAP KITA ! ! ! ! ! ! .

"ya allah engkau laknatilah mereka-mereka yang cuba dan sedang mencuba untuk memusnahkan agamamu ini... engkau turunkan bala tentera mu untuk membantu pejuang-pejuangmu untuk mempertahankan agama mu ini....." 

wahai sahabat-sahabat ku..... perjuangkan agama mu..... jagan biar ia ditindas seperti sekian rupa.
jangan biarkan ia berlaku terhadap negara kita jika kita ingin negara kita aman dan makmur.
kita lihat lah pada negara-negara yang mengamalkan sistem ini.. sumpah lillahitaala negara-negara tuh tidak aman dan sentiasa ditimpa bala dari allah...

sebarkan berita ini kepada semua sahabat-sahabat semuslim anda sebagai peringatan jika anda sayangkan agama ISLAM!!! moga allah pelihara agama-NYA di negara ini.
fie sabilillah....