Sunday, 24 April 2011

food@info

Logo HALAL Dan Pensijilan Di Malaysia.


Contoh Logo HALAL yang dikeluarkan oleh badan yang berkuasa dimalysia.

apa yang perlu diambil tahu mengenai pada logo ini adalah:
1) mempunyai tulisan halal dalam bentuk tulisan Jawi.
2) dibawah tulisan jawi terdapat tulisan HALAL dalam bentuk tulisan rumi.
3) mempunyai bintang yang mempunyai 8 bucu.
4)terbapat tulisan MALAYSIA dalam bentuk rumi berlekuk di bahagian atas dalam lingkaran.
5) terdapat tulisan MALAYSIA  dalam bentuk jawi berlekuk di bahagian bawah dalam lingkaran.
6) terdapat 2 bintang yang memisahkan tulis perkatan MALAYSIA rumi dan jawi  selaras dengan bucu sisi bintang.

Badan yang berkuasa yang mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk adalah:
1) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (JAKIM).
2) Dept. of Standard Malaysia.
3) Institute of Islamic Understanding Malaysia.
4) SIRIM.
5) HALAL industry Development Corporation. (HDC)

institut penyelidikan produk halal malaysia.

malaysia telah menubuhkan pusat penyelidikan  produk halal yang berpusat di Universiti Putra Malaysia UPM. yang diketuai oleh Prof Dr Yaakob Che Man. Diantara kejayan institut ini adalah berjaya mencipta alat pengesan DNA babi yang boleh dikesan didalam semua produk makanan, pakaian, dan kosmetik yang dinamakan alat HaFYS.




Anda boleh lah melayari di : halal@putra.upm.edu.my. 

HALAL Certification for FOOD Commodities.


halal food standard MS 1500:2004.

  • Skop standard ini mengandungi garis-garis panduan yang dipraktikal bagi industri makanan mengenai penyediaan dan pengendalian makanan halal (termasuk penambahan nutrien). ia bertujuan menyediakan peraturan asas bagi produk makanan serta perdagangan atau perniagaan makanan dimalaysia.
  • Dokuman initelah melalui proses yg diselaraskan kepada keperluan standard antarabangsa sebagai cth: pertubuhan standardasi antarabangsa ISO, dimana sistem pembanggunan standard antarabangsa adalah asas persetujuan semua pihak yang berkepentingan seperti kerajaan, sektor swasta, NGO, penyelidik dan badan-badan profesional. Malaysia (DSM) menggunakan polisi ISO yg sama.
  • Pensijilan HALAL  kepastiannya dipastikan oleh juri-juri jabatan kemajuan islam malaysia (JAKIM). 


Syariah Acts / Enactments of federal Territories 1997.
  • Mengesahkan bahawa tiada binatang dan ramuan2 yang tidak halal diproses mengikut hukum syarak.
  • Syariah Acts / Enactment of Federal Territories 1997 ( section 42, Act 559).
  • Food Law 1983 (section 13, 13A, 16 act 281) and Food regulation 1985 (section 9 to 18-part V).
  • Animal Rules Ordination (Importation) Order 1962.
  • Customs (Prohibition of Imports) Order 1988.
  • Local Government by-Laws

Logo-logo HALAL seluruh dunia.




Malaysia
 South African
 AMAREKA (US).
CHINA.
INDONESIA
NETHERLAND / HOLLAND.
SINGAPURA
 NEW ZEALAND
 THAILAND
VIETNAM








Anda masih lagi tidak mempercayai segala yang diusahakan oleh semua pihak berwajib??? percayalah kerajaan banyak mengatur langkah untuk memastikan produk halal yang ada dimalaysia adalah terjamin. Bukan saya hendak mengaitkan untuk menyokong kerajaan..ape yg saya tahu kerajaan sedaya upaya menangani masaalah isu Halal dan Haram. kalu nak mengharapkan orang yang selalu memburuk-burukkan orang lain itu buat, mampukah mereka membuat segala-galanya sama dengan teknologi yang telah dikecapi pada masa sekarang???  Maka sahabat-sahabat perlulah cakna dan mengetahui apa yg berlaku dan sahabat-sahabat juga dinasihatkan untuk meneliti tanda halal yang sebenarnya yang berada dipasaran supaya tidak berlaku segala syak dan was-was menggunakan makan yang ada dipasaran. Percayalah kepada badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan kerana mereka lebih Arif dan menetahui segala apa yg baik dan buruk. tugas mereka hanyalah menentukan samaada makan itu halal atau haram dimakan kepada anda semua. Bukan senang untuk mejalankan dan meluluskan sijil HALAL kepada pengeluar-pengeluar industri makanan di malaysia ni..mereka perlu membuat perbincanag dan penyelidikan terlebih dahulu sebelum meneluarkan sijil HALAL kepada pihak pengeluar industri makanan.



Sumber:
  • Jabatan kemajuan islam Malaysia (JAKIM)
  • Food acts 1983 (Act 281) and Regulation1985.
  • Syariah acts / Enactments of Federal Territories.
  • Local Government Lows.
  • Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia.


No comments:

Post a Comment